Jenis Pusat Tingkatan Enam Kolej Pra-Universiti (KPM)

  • Kolej Pra-Universiti (Mod 1)

Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya pelajar-pelajar tingkatan enam sahaja dan diajar oleh guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar tingkatan enam.

  • Pusat Tingkatan Enam (Mod 2)

Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di bawah sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

  • Pusat Tingkatan Enam (Mod 3)

Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas jauh daripada Bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di bawah sekolah arus perdana dibantu oleh Pengetua arus perdana dan Penolong Kanan Tingkatan Enam.Senarai Pusat Tingkatan Enam